ATIQ (tengah) pada majlis pelancaran Jelajah Asia Tenggara Ultra Hereos di Paradigm Mall. FOTO Rohanis Shukri
ATIQ (tengah) pada majlis pelancaran Jelajah Asia Tenggara Ultra Hereos di Paradigm Mall. FOTO Rohanis Shukri
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Bagi pelakon yang juga peminat watak adiwira Ultraman, Atiq Azman, kehadiran acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes adalah satu acara yang dinanti-nantikan.

Atiq, 22, berkata, acara yang berlangsung di Paradigm Mall bermula 10 hingga 27 November itu juga memberi peluang untuk peminat Ultraman melihat lebih dekat patung mainan di samping pelbagai aktiviti menarik.

"Saya adalah peminat Ultraman sejak berusia 10 tahun. Sejak dari itu, saya mula mengumpul barangan dan patung Ultraman.

"Menerusi acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes, kita sebagai peminat dapat melihat lebih dekat patung-patung mainan dan juga aktiviti menarik yang dianjurkan," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi pengalamannya sebagai pengumpul barangan Ultraman, Atiq pernah melalui pengalaman menyedihkan apabila barang koleksinya, hangus dalam kebakaran.

"Pada 2015, saya sambung belajar di sekolah agama dan tinggalkan barang-barang koleksi saya di dalam bilik. Nak dijadikan cerita, berlaku satu kebakaran dan semua barang koleksi saya terbakar dalam kejadian itu. 

"Memang trauma juga selepas kejadian kebakaran itu, tapi, ia tidak memadam minat saya kepada Ultraman," katanya.

Terbaharu, Atiq baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Bunga Aku Tunggu untuk slot Samarinda TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 7:06 PM