MOHD Hanifah menunjukkan proses membuat komik Ultra Act: Story of M78.
MOHD Hanifah menunjukkan proses membuat komik Ultra Act: Story of M78.
Siti Fatimah Hassan


Kuala Lumpur: Bermula sebagai status pengumpul koleksi figura Ultraman, seorang pensyarah multimedia kini melebarkan minatnya menerusi medium laman sosial dengan menghasilkan komik figura watak adiwira berkenaan secara bersiri yang bukan saja menjadi tatapan peminat tempatan malah juga di luar negara.

Biarpun berstatus ‘fan art’ namun komik berkenaan pernah mendapat lebih 1,000 perkongsian menerusi page Ultra Act: Story of M78 di Facebook membabitkan pembaca di 30 negara seluruh dunia.

Mohd Hanifah Mohd Fobilah, 31, berkata, komik itu dihasilkan dalam tempoh tiga tahun dan hanya dilakukan semata-mata kerana hobi dan minatnya terhadap figura terbabit.

Katanya, sehingga kini dia menghasilkan sehingga siri ketujuh komik dan merancang untuk menyiapkan keseluruhan siri hingga bahagian ke-12.

“Saya sebenarnya mula menghasilkan komik ini pada 2014 tetapi hanya memuatnaik di laman sosial Facebook sekitar 2015.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 5:26 AM