MOHAMED Ismail (kiri) meninggal dunia Covid-19. FOTO IG sharnaazahmad
MOHAMED Ismail (kiri) meninggal dunia Covid-19. FOTO IG sharnaazahmad
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman meninggal dunia pagi hari ini, selepas dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Perkara itu disahkan Marsha menerusi Instagram, hari ini.

"Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

"Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan beriman," tulisnya.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz turut berkongsi berita sedih itu dan memaklumkan Allahyarham sudah dianggap seperti bapanya.

"Seorang yang dianggap bapa pada aku pergi menghadap Ilahi disebabkan Covid-19. Semoga aunty Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan reda dengan ujian yang sangat berat ini. Insya-Allah syurga buat baba yang sentiasa bantu orang susah tak kira apa cara sekali pun," tulisnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Marsha bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemergian Allahyarham tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 10:43 AM