IRA bersama suami dan anak-anak.
IRA bersama suami dan anak-anak.
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Personaliti televisyen, Ira Mohd Amin berkongsi berita sedih apabila suami, Mohd Shazril Ezani dan dua anaknya, Mohd Sufi dan Mohd Safi disahkan positif Covid-19. 

Ira berkata, hanya dia dan anak sulungnya, Mohd Saif Zairil negatif wabak itu selepas mereka sekeluarga membuat ujian saringan, semalam. 

"Dukacitanya ingin maklumkan, suami, Sufi dan Safi didapati positif Covid-19 hari ini. 

"Semalam, kami sekeluarga melakukan ujian swab Covid-19. Keputusan pagi tadi mendapati Aril, Sufi dan Safi positif walaupun tiada sebarang gejala. Manakala keputusan Ira dan Saif adalah negatif," katanya.

Ira menesui hantaran di Instagram berkata, buat masa ini mereka sekeluarga menjalani kuarintin kendiri di bilik berasingan.

"Sekarang kami sekeluarga kuarintin kendiri di rumah. Ira dan Saif di bilik berasingan.

"Bagi sesiapa yang berjumpa Aril, Sufi dan Safi antara 5 hingga 12 Mei sila membuat ujian saringan jika anda bergejala. Maafkan kami sekeluarga," tulisnya.

Ira atau nama lengkapnya Zarith Adzmira Mohd Amin mendirikan rumah tangga bersama Mohd Shazril Ezani pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, Mohd Saif Zairil, Mohd Sufi Zuhair, Mohd Safi.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 7:58 PM