PRINCE Royce positif Covid-19.
PRINCE Royce positif Covid-19.
Georgie Joseph


PENYANYI Prince Royce memaklumkan dia positif Covid-19 tanpa mengalami sebarang gejala dan bimbang dengan situasi berkenaan.

Sehubungan itu, Prince, 31, menyeru semua pihak supaya terus menjaga keselamatan diri kerana virus terbabit mampu berjangkit daripada orang yang tidak bergejala.

"Saya dikesan dijangkiti Covid-19 dan ini hari ke-12 saya selepas tunjukkan gejala. Kes saya sangat ringan dan saya rasa baik-baik saja.

"Saya kongsikan ini kepada anda semua hari ini untuk menyeru supaya jangan longgarkan keselamatan. Virus ini sangat bahaya dan kita boleh dijangkiti tanpa sedar.

"Saya tidak tahu langsung saya ada virus itu kerana keadaan baik-baik saja. Kalau saya tidak buat ujian, saya pastinya akan menyebarkan virus itu kepada orang lain," katanya.

Penyanyi lagu Back It Up itu turut memohon supaya tidak mementingkan diri sendiri dan merisikokan keselamatan orang lain terutama warga emas.

"Tolong kekalkan penjarakan sosial dan pakai pelitup muka. Jika anda tiada sebab untuk keluar rumah untuk bekerja atau pertemuan penting, jangan keluar.

"Buat orang muda, ini bukan sekadar menjaga keselamatan diri sebaliknya orang lain juga. Orang yang lebih tua dan mereka yang sistem imuniasinya mudah terdedah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 2:44 PM