Mark Adam positif Covid-19.
Mark Adam positif Covid-19.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Penyanyi, Mark Adam disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, kelmarin.

Perkara itu disahkan isteri yang juga pengurusnya, Norazah Redzuan.

Norazah berkata, Mark kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan berada dalam keadaan baik. Selain itu, Mark juga tidak mengalami gejala yang teruk buat masa ini.

"Terima kasih di atas ingatan dan kiriman doa daripada semua pihak. Alhamdulillah. Mark berada dalam keadaan baik dan kami berdua sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Saya tidak dijangkiti virus itu, namun mengambil pendekatan untuk menjalani kuarantin bagi memastikan kekal negatif," katanya.

Norazah berkata, setakat ini suaminya tidak mengalami gejala yang teruk dan kandungan oksigen juga baik.

Dalam satu hantaran di Instagram, Norazah berharap Mark terus kuat dalam berdepan virus itu.

"Semoga cepat sembuh B. Insya-Allah semuanya pasti akan baik-baik saja. Sentiasa berfikiran positif dalam apa juga perkara. Saya mendoakan supaya semuanya kembali pulih seperti sedia kala secepat mungkin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Disember 2021 @ 11:22 PM