DATIN Alyah.
DATIN Alyah.
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi Datin Alyah, 40, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan beberapa ahli keluarganya yang disahkan positif Covid-19.

Alyah berkata, hatinya luluh apabila mendapat berita keluarga kakak dan anak saudaranya Siti Nazirah Aziz dijangkiti virus itu.

Alyah yang berkongsi berita itu di Instagram menyifatkan dugaan yang dilalui kakaknya itu cukup berat, namun dia hanya mampu berdoa.

Menurut Alyah, kakaknya dan Siti Nazirah kini dirawat di hospital. Siti turut 'ditidurkan' kerana mengalami kesukaran bernafas.

Dalam pada itu, abang ipar dan empat lagi anak saudara Alyah menjalani kuarantin.

Alyah berkata, jangkitan itu berpunca dari sebuah kilang di Gelang Patah, Johor tempat keluarga kakaknya berniaga makanan.

Penyanyi Kisah Hati itu juga menyeru kepada pihak berkenaan supaya menghentikan operasi kilang buat sementara waktu.

"Saya benar-benar harap kilang-kilang yang tak sepatutnya beroperasi ditutup sementara wabak ini tidak dapat dibendung.

"Kakak berniaga di kafe sebuah kilang di Gelang Patah. Sewaktu keputusan kedua anak saudara positif Covid-19, kilang perabot itu masih beroperasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 11:28 AM