Nonny (kiri); Mila (kanan).
Nonny (kiri); Mila (kanan).
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi Mila Jirin, 37, ada menghubungi Nonny Nadirah, 35, selepas rakan karibnya itu memuat naik video membotakkan kepalanya hingga menjadi teka-teki ramai.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin berkata Nonny baik-baik saja dan percaya rakannya itu ada sebab tersendiri dan sudah boleh menilai kesan tindakan dibuatnya itu.

"Dia baik-baik saja serta gembira. Dia sibuk dengan perniagaan dalam talian untuk produk pewangi rambut dan fabriknya. 

"Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

"Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video berkenaan," katanya.

Penyanyi Aku Lebih Tahu itu juga memberitahu dia ada memberi sokongan kepada Nonny dalam perihal perniagaan juga.

"Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan 'online' yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny.

"Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny," katanya.

Semalam, Nonny yang juga pelakon dan penyanyi mengejutkan pengikutnya di Instagram (IG) apabila tampil dengan imej baharu menerusi sebuah klip video.

Dia yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 4:55 PM