ELLY dan Jiggy Masin sudah bercerai.
ELLY dan Jiggy Masin sudah bercerai.
Najiy Jefri


PELAKON dan pengacara Elly Ariffin, 31, mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelawak, Jiggy dari kumpulan Masin pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Bagaimanapun, Elly enggan mendedahkan punca perceraian mereka bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.

"Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.

“Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman," katanya.

Menurut Elly, tiada wanita menginginkan sebuah perkahwinan yang berakhir dengan perceraian.

"Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis. Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini," katanya.

Terdahulu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini bermula apabila masing-masing dilihat tidak memuat naik gambar bersama di Instagram.

Elly dan Jiggy berkahwin pada 9 September 2016 selepas bercinta selama tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 4:43 PM