TEGAR bersama isterinya, Sarah Sheilka. FOTO IG TEGAR SEPTIAN
TEGAR bersama isterinya, Sarah Sheilka. FOTO IG TEGAR SEPTIAN
Ridzuan Abdul Rahman


PENYANYI Indonesia, Tegar Septian mengejutkan pelbagai pihak terutama peminatnya apabila memilih untuk berkahwin pada usia 19 tahun, hari ini.

Perkahwinan Tegar dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Sheilka berlangsung kira-kira jam 3.30 petang di Jakarta, Indonesia.

Berita ini dimaklumkan sendiri oleh penyanyi popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menerusi Instagram.

“Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang Samawa aminn,” katanya yang turut meletakkan tag @sarahsheilka yang dipercayai isterinya.

Hantaran itu menerima tanda suka sebanyak 32,407 serta ucapan tahniah daripada pelbagai pihak antaranya artis Malaysia seperti Harry Khalifah, Mawi dan Zaki Yamani.

Tegar yang berasal daripada Subang, Indonesia melakar sejarah tersendiri kerana memulakan karier nyanyian sebagai penyanyi jalanan pada usia 11 tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal.

Usaha kerasnya dalam nyanyian berjaya mengubah kehidupan keluarganya yang sebelumnya hidup miskin.

Bagaimanapun dia kemudian hidup miskin semula, manakala ibunya kembali menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan.

Sementara itu, Tegar ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia belum bersedia untuk memberi kenyataan kerana masih sibuk.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 10:26 PM