Eddie (kanan) bersama Datuk Awie (tengah) dan Black akan berada di Alor Setar pada 14 dan 15 April. FOTO OWEE AH CHUN
Eddie (kanan) bersama Datuk Awie (tengah) dan Black akan berada di Alor Setar pada 14 dan 15 April. FOTO OWEE AH CHUN
Georgie Joseph


KUMPULAN Wings bersyukur dan lega akhirnya dapat kembali beraksi di Kedah selepas lebih 20 tahun menanti peluang itu.

Menurut pemain gitar bass kumpulan itu, Eddie, ia ibarat kemenangan buat mereka memandangkan peminat negeri itu sekian lama menunggu kehadiran Wings.

Bakal terbabit acara Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) pada 14 dan 15 April di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Eddie menyifatkan ia peluang keemasan buat Wings.

“Kali terakhir Wings buat persembahan di sana sekitar awal 1980-an dulu. Bagaimanapun, selepas itu permohonan kami membuat persembahan di sana sentiasa tidak diluluskan.

“€œSewaktu tampil dengan album Menakluk Kosmos pada 2014 pun kami sebenarnya cuba memohon permit. Bagaimanapun tetap gagal mendapat kebenaran.

“€œSelalunya kami dapat masuk sana pun apabila terbabit dengan festival seperti Jom Heboh. Itupun guna permit diluluskan untuk acara berkenaan.

“Tapi kalau Wings sendiri memohon permit untuk mengadakan konsert memang tak berhasil,” katanya.

“Jika diikutkan, peminat kami di Kedah antara yang paling kuat. Saya masih ingat dulu setiap kali mengadakan konsert di sana lebih 40,000 hadir.

“€œUntuk konsert SL1M nanti, kami diberikan keistimewaan menyanyikan banyak lagu di samping beberapa band lain. Jadi, inilah peluang keemasan buat kami mengubat rindu peminat di sana,”€ katanya.

Selain Wings, Faizal Tahir, Zero, Drama Band, Loque Monoloque, Kugiran Masdo, Pesawat, Floor 88, Atmosfera, Khalifah, dan Payslip bakal menjayakan acara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 3:59 PM