Aida dia tidak kisah sekiranya orang sekeliling memanggil namanya seperti biasa dalam urusan harian.
Aida dia tidak kisah sekiranya orang sekeliling memanggil namanya seperti biasa dalam urusan harian.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penerbit A Aida, 44, dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di sini, sebentar tadi.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang antara 80 penerima darjah kebesaran itu yang disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan.

Pemilik A Aida production Sdn Bhd ini berkata surat penganugerah itu diterima dari Istana pahang pada 16 November lalu.

“Ia penghargaan tertinggi buat saya sepanjang bergelar anak seni dan ahli perniagaan.

“Gelaran ini sedikit-sebanyak menambahkan lagi keyakinan saya dalam perniagaan. Malah, tidak dinafikan kebanyakan ahli perniagaan mengharapkan gelaran sama,” katanya.

Menurut A Aida meskipun sudah bergelar Datuk, tiada apa yang berubah malah dia tidak kisah sekiranya orang sekeliling memanggil namanya seperti biasa dalam urusan harian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 9:24 PM