ANGGOTA komando didakwa atas tuduhan memiliki baju-T yang mempunyai kaitan dengan IS. FOTO Yahya Zainuddin
ANGGOTA komando didakwa atas tuduhan memiliki baju-T yang mempunyai kaitan dengan IS. FOTO Yahya Zainuddin
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop


Parit: Anggota komando didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki baju-T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS), November lalu.

Tertuduh, Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar,28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sehelai baju-T berkaitan kumpulan pengganas IS dan kesalahan dilakukan di Rumah bernombor 185/*TS/10/1A Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota, pada 1.30 tengah hari, 12 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak bagi bahan berkaitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan kes disebut semula 6 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 1:30 PM