STESEN Metro Taganskaya yang dibuka pada 1 Januari 1950 ini dihiasi dengan batu bewarna biru.
STESEN Metro Taganskaya yang dibuka pada 1 Januari 1950 ini dihiasi dengan batu bewarna biru.
UKIRAN mewah pada tiang dan hiasan lampu menarik yang terdapat di Stesen Avoto.
UKIRAN mewah pada tiang dan hiasan lampu menarik yang terdapat di Stesen Avoto.
DIHIASI dengan lukisan menarik, Stesen Kiyevsskaya ini kelihatan seperti sebuah galeri seni.
DIHIASI dengan lukisan menarik, Stesen Kiyevsskaya ini kelihatan seperti sebuah galeri seni.
WARNA-warna ceria dipancarkan pada siling di Stesen Sportivnaya ini.
WARNA-warna ceria dipancarkan pada siling di Stesen Sportivnaya ini.
REKAAN siling dan lampu moden yang terdapat di Stesen Elektrozavodskaya.
REKAAN siling dan lampu moden yang terdapat di Stesen Elektrozavodskaya.
UKIRAN berwarna-warni yang terdapat di dinding Stesen Novolobodskaya.
UKIRAN berwarna-warni yang terdapat di dinding Stesen Novolobodskaya.
WALAUPUN sudah berusia 80 tahun, Stesen Sokol ini masih kelihatan moden.
WALAUPUN sudah berusia 80 tahun, Stesen Sokol ini masih kelihatan moden.

Stesen kereta api komuter bawah tanah biasanya menyajikan pemandangan yang suram dan kotor.

Bagaimanapun, lain pula keadaan stesen kereta api bawah tanah di Moscow, Russia yang kelihatan menakjubkan seperti di dalam istana.

Dihiasi dengan lampu candelier, dinding batu marmar berkilau dan ukiran menarik, stesen ini umpama mutiara di bawah Moscow.

Sistem kereta api bawah tanah mewah itu dibuka pada 1935 ketika pemerintahan Joseph Stalin dan menjadi kebanggaan Komunis.

Stesen kereta api ini dihiasi dengan hiasan mewah dan menarik sebagai propaganda Komunis ketika itu.

Dari stesen hinggalah ke laluan pejalan kaki, semuanya dihiasi dengan ukiran, lampu serta batu marmar yang menakjubkan.

Setiap stesen kereta api bawah tanah yang menghubungkan Moscow ini mempunyai hiasan yang tersendiri.

Selepas 80 tahun beroperasi sistem pengangkutan yang membawa kira-kira sembilan juta penumpang sehari ini masih kekal menakjubkan.

Kerajaan merancang untuk meluaskan lagi sistem pengangkutan ini yang dijangka menjadi sistem kereta api bawah tanah keempat paling besar di dunia menjelang 2020.

Bagi memperkenalkan seni bina hebat ini, jurugambar Kanada, David Burdeny diberi kebenaran untuk masuk ke stesen ini ketika tiada penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2015 @ 5:00 AM