Khalid El Bakraoui dan abangnya Brahim El Bakraoui yang berpakaian hitam dalam rakaman CCTV di lapangan terbang manakala lelaki berpakaian putih di sebelah mereka dipercayai suspek ketujuh ditahan polis Belgium hari ini. - Foto Fail

Reuters

Brussels: Polis Belgium menahan tujuh orang dalam beberapa serbuan sejak semalam, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan bom membunuh 34 orang dengan lebuh 300 lagi cedera Selasa lalu.

Enam ditahan dalam serbuan di Schaerbeek dan Jette di sini, serta di pusat bandar raya ini.

Stesen televisyen RTBF menyatakan lelaki ketujuh ditahan di kawasan Forest, awal hari ini. Menurut akhbar De Standaard, lelaki berkenaan ialah lelaki yang dirakam bersama dua penyerang dalam rakaman CCTV.

Dua penyerang berkenaan ialah dua beradik, dengan Khalid El Bakraoui, 27, meletupkan dirinya di stesen kereta api bawah tanah manakala abangnya, Brahim El Bakraoui, meletupkan bom di lapangan terbang.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengambil kesempatan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 6:55 PM