FOTO Agensi
FOTO Agensi


POLIS dikatakan bertindak berikutan dilaporkan kedengaran beberapa tembakan di Oxford Street, tengah London, sekitar 4.37 petang (waktu tempatan).

Polis Metropolitan berkata: “Polis bertindak atas kemungkinan serangan pengganas. Polis berpakaian biasa dan seragam sedang bekerjasama dengan British Transport Police.”

Terdahulu, BTP berkata: “Semua anggota bertindak berikutan laporan terdapat insiden di stesen bawah tanah Oxford Circus. Belum dapat maklmat penuh.

“Stesen itu ditutup. Tolong menjauhkan diri daripada kawasan itu.”

Stesen Bond Street juga ditutup dan polis Metropolitan menerusi Twitter menasihati orang ramai di Oxford Street supaya menjadi tempat perlindungan.

BTP menjelaskan bahawa mereka kini sedang menyiasat ‘insiden pelanggan’ manakala kereta api berhenti operasi.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa BTP memberitau terdapat wanita tercedera.

Polis juga berterusan menasihati orang ramai supaya mengelakkan diri berada di kawasan itu yang terkenal sebagai pusat beli-belah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 1:46 AM