ACER garang tempuh 2018.
ACER garang tempuh 2018.
Afiq Hanif

Acer memperkenalkan laptop ternipis di dunia model Swift 7 (SF714-51T) iaitu 8.98mm lengkap pemprosesan Intel Core i7.

Swift 7 mempunyai keupayaan sambungan 4G LTE pantas hasil kerjasama dengan Intel XMM 4G LTE sesuai kepada pengguna yang sibuk dengan bekerja di luar, bermakna ia mempunyai slot kad SIM jenis nano.

Berdasarkan Windows 10 dan bateri bertahan sehingga 10 jam, Swift 7 mempunyai storan PCIe SSD 256GB dan datang bersama memori 8GB LPDDR3 bagi kelancaran penggunaan PC yang sebenar.

Selain itu, model Chromebook 11 harga patut juga diperkenalkan dengan jangka hayat menjangkau 10 jam.

Laptop dengan skrin 11.6 inci ini berfungsi mengecas telefon dengan dua port USB-C 3.1 dan akses kepada pelbagai aplikasi berasaskan Android.

Ia menggunakan pemprosesan Intel Celeron dengan memori 4GB selain pilihan storan 16GB atau 32GB jenis eMMC.

Turut mencuri tumpuan, laptop game iaitu Acer Nitro 5 yang memanfaatkan grafik AMD Radeon RX560 terbaru dengan pilihan SSD menjangkau 512GB.

Laptop bersaiz 15 inci ini mempunyai pelbagai ciri pemain perlukan ketika beraksi termasuk teknologi tanpa wayar 802.11ac dwi strim pantas dan port seperti USB-C, HDMI 2.0 dan Gigabit Ethernet.

SPESIFIKASI:

ACER SWIFT 7

Harga: Anggaran RM6,779

Kenipisan: 8.98mm

Pemprosesan: Intel Core i7, gen-7

Jangka hayat bateri: 10 jam

Storan: 256GB PCIe SSD

Memori: 8GB LPDDR3

Skrin: 14 inci HD penuh IPS

OS: Windows 10

ACER CHROMEBOOK 11

Harga: Anggaran bermula RM993

Jangka hayat bateri: 10 jam

Pemprosesan: Intel Celeron

OS: ChromeOS

Memori: 4GB

Storan: 16GB/32GB eMMC

Port: 2 x USB-C, 2 x USB 3.0, bluetooth

Berat: 1.1kg

ACER NITRO 5

Harga: Anggaran bermula RM4,385

Grafik: AMD Radeon RX560

Storan: Sehingga 512GB SSD

RAM: Sehingga 32GB DDR4

Skrin: 15.6 inci HD penuh IPS

Audio: Dolby Audio Premium

Sambungan: USB-C, HDMI 2.0, Gibabit Ethernet

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 1:26 PM