ASPIRE SWITCH 10 E
ASPIRE SWITCH 10 E
ASPIRE SWITCH 10
ASPIRE SWITCH 10
Oleh Aimie Pardas

(Yang mengikuti pelancaran produk Acer di New York, Amerika Syarikat)

Acer mengembangkan siri notebook 2-dalam-1 Switch 10 dengan dua model baru yang menggunakan pemprosesan Intel Atom quad core dalam reka bentuk bergaya dan fleksibel.

Model yang boleh digunakan sebagai notebook ataupun tablet ini disasarkan kepada pelajar, keluarga atau sesiapa saja yang ingin menggunakan peranti ringan dan mudah alih.

Switch 10 E mempunyai paparan HD 1280 x 800 selain kuasa bateri yang dapat bertahan selama 12 jam.

Switch 10 pula lebih tahan lasak dengan penggunaan Gorilla Glass 3 untuk bahagian belakangnya.

Acer juga mengumumkan akan membaiki siri Switch 11 dengan model 11.6-inci baru yang mempunyai reka bentuk engsel baru, ergonomik yang ditambah baik dan pemprosesan yang lebih berkuasa.

Kedua-dua notebook ini juga boleh dinaik taraf kepada Windows 10 secara percuma.

INFO

ASPIRE SWITCH 10 E

- Harga: AS$279

- OS: Windows 8.1

- Paparan: 10” IPS HD 1280 x 800 Corning Gorilla Glass

- Pemprosesan: Intel Atom

- Memori: 1GB/2GB

- Grafik: Intel HD Graphics

- Setoran: 32 / 64 GB eMMC

- Kamera: 2 MP

- Dimensi: 262 x 180 x 10.95 mm (tablet sahaja), 262 x 180 x 22.85 mm (tablet dan dok)

- Berat: 630 g (tablet sahaja), 1200 g (tablet dan dok)

ASPIRE SWITCH 10

- Harga: AS$399

- OS: Windows 8.1

- Paparan: 10” IPS FHD 1920 x 1200 Corning Gorilla Glass

- Pemprosesan: Intel Atom

- Memori: 2GB

- Grafik: Intel HD Graphics

- Setoran: 32 / 64 GB eMMC

- Kamera: 2 MP (depan dan belakang)

- Dimensi:261.6 x 177.1 x 8.9 mm (tablet sahaja)

- Berat:595 g (tablet sahaja), 1180 g (tablet dan dok)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 11:57 AM