Aguero meraikan gol kemenangan menewaskan Gladbach dalma Liga Juara Juara Eropah. - Pix Mirror
Aguero meraikan gol kemenangan menewaskan Gladbach dalma Liga Juara Juara Eropah. - Pix Mirror

London: Paul Scholes mengatakan liga utama England tidak lagi menjadi destinasi pemain handalan dunia sebaliknya kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sekadar kedua terbaik.

Bekas pemain berkarisma Manchester United itu berkata hanya seorang pemain EPL mampu beraksi bersama skuad Barcelona atau Real Madrid.

“Hanya seorang pemain EPL saja dapat melepasi menyertai pasukan Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich,” kata Scholes kepada BT Sport hari ini.

Scholes berkata EPL berada dalam kedudukan kedua sekarang sebaris dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Juventus.

Satu satunya pemain dalam EPL dipertimbang berada dalam kalangan pemain terbaik dunia adalah penyerang Manchester City Sergio Aguero.

"Jika anda lihat pada kualiti pemain yang datang bermain ke England saya tidak merasakan kami memiliki pemain terbaik di Eropah mahupun di dunia," katanya.

"Ramai pemain terbaik berada di Real Madrid atau Bayern Munich. Saya rasa beberapa kelab berada di bawah mereka adalah PSG dan Juventus. Kemudian baru kualiti kelab Inggeris”.- Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 9:38 PM