Ronaldo (kiri) mengetuai senarai 30 calon Ballon d’Or. -Foto AFP
Ronaldo (kiri) mengetuai senarai 30 calon Ballon d’Or. -Foto AFP

PARIS: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dilabel sebagai pilihan untuk mengekalkan statusnya selaku penerima trofi Ballon d’Or - sebagai pemain terbaik dunia.

Pemain 32 tahun itu menjulang Real ketika meraih trofi Liga Juara-Juara serta La Liga pada musim lalu dan disenarai pendek bersama 30 pemain lain untuk musim ini, termasuk tujuh lagi rakan sepasukannya di skuad Los Blancos.

Jika berjaya memenanginya sekali lagi, penyerang Portugal itu akan menyamai rekod pencabar terdekatnya dari Barcelona, Lionel Messi yang turut berada dalam senarai pendek.

Seorang lagi pemain Barcelona turut berada dalam senarai itu adalah Luis Suarez, manakala Paris Saint Germain (PSG) diwakili Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani.

Penyerang England, Harry Kane antara tujuh pemain dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tersenarai bersama Philippe Coutinho, Sadio Mane (Liverpool), David de Gea (Manchester United), N’Golo Kante, Eden Hazard (Chelsea) dan Kevin De Bruyne (Manchester City). - Reuters

Senarai 30 calon:

Philippe Coutinho (Liverpool)

Kevin De Bruyne (Man City)

David de Gea (Man Utd)

Paulo Dybala (Juventus)

Edin Dzeko (Roma)

Harry Kane (Tottenham Hotspur)

N’Golo Kante (Chelsea)

Robert Lewandowski (Bayern Munich)

Marcelo (Real Madrid)

Dries Mertens (Napoli)

Luka Modric (Real Madrid)

Neymar (PSG)

Jan Oblak (Atletico Madrid)

Sergio Ramos (Real Madrid)

Luis Suarez (Barcelona)

Antoine Griezmann (Atletico Madrid)

Toni Kroos (Real Madrid)

Gianluigi Buffon (Juventus)

Sadio Mane (Liverpool)

Radamel Falcao (Monaco)

Lionel Messi (Barcelona)

Pierre-Emerick Aubameyang (Borussia Dortmund)

Edinson Cavani (PSG)

Mats Hummels (Bayern Munich)

Karim Benzema (Real Madrid)

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Eden Hazard (Chelsea)

Leonardo Bonucci (AC Milan)

Isco (Real Madrid)

Kylian Mbappe (PSG)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 11:38 AM