Kombo foto (dari kiri), Ronaldo, Messi, Robert Lewandowski, Neymar, Benzema, Bale, Aguero, Pogba dan Eden Hazard. - Pix AFP/AP/Reuters
Kombo foto (dari kiri), Ronaldo, Messi, Robert Lewandowski, Neymar, Benzema, Bale, Aguero, Pogba dan Eden Hazard. - Pix AFP/AP/Reuters

Paris: Barisan penyerang blockbuster BBC Real Madrid dan trio pemusnah MSN bertembung merebut anugerah Ballon d'Or 2015 selepas enam daripada mereka berada dalam kalangan 23 pemain disenarai pendek FIFA, hari ini

Cristiano Ronaldo mencatat rekod kelab dengan gol ke-324 minggu lalu akan mencari gelaran Pemain Terbaik Dunia untuk kali ketiga berturut turut.

Dia berdepan cabaran rakan sepasukan Karim Benzema dari Perancis dan penyerang Wales Gareth Bale membentuk barisan depan kelab Sepanyol menjadi tumpuan MSN.

Menyertai mereka pemenang empat kali Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez yang membentuk trio Barcelona meledak 122 gol musim lalu.

Senarai disusun oleh Jawatankuasa Bolasepak FIFA dan kumpulan pakar bolasepak Perancis. Pemenang akan diumumkan di Zurich pada 11 Januari. - Reuters

------------

Senarai pendek pemain Ballon d’ Or

Sergio Aguero (Argentina/Manchester City)

Gareth Bale (Wales/Real Madrid)

Karim Benzema (Perancis/Real Madrid)

Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid)

Kevin De Bruyne (Belgium/Manchester City)

Eden Hazard (Belgium/Chelsea)

Zlatan Ibrahimovic (Sweden/Paris Saint-Germain)

Andres Iniesta (Sepanyol/Barcelona)

Toni Kroos (Jerman/Real Madrid)

Robert Lewandowski (Poland/Bayern Munich)

Javier Mascherano (Argentina/Barcelona)

Lionel Messi (Argentina/Barcelona)

Thomas Mueller (Jerman/Bayern Munich)

Manuel Neuer (Jerman/Bayern Munich)

Neymar (Brazil/Barcelona)

Paul Pogba (Perancis/Juventus)

Ivan Rakitic (Croatia/Barcelona)

Arjen Robben (Belanda/Bayern Munich)

James Rodríguez (Colombia/Real Madrid)

Alexis Sanchez (Chile/Arsenal)

Luis Suarez (Uruguay/FC Barcelona)

Yaya Toure (Ivory Coast/Manchester City)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 2:27 PM