ALWI (kiri) bersama TPM ketika sidang media, hari ini. FOTO Yazit Razali
ALWI (kiri) bersama TPM ketika sidang media, hari ini. FOTO Yazit Razali
Oleh Hairulazim Mahmud dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Sebanyak 93 peratus daripada pesalah jenayah keganasan yang menjalani program pemulihan berjaya bebaskan diri dari pengaruh negatif, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Menurutnya, melalui program pemulihan yang dijalankan ke atas mereka yang ditahan di bawah undang-undang tertentu, mereka bukan saja diberi pendedahan dalam aspek kemanusiaan tetapi juga dalam aspek agama dan kerohanian.

Beliau berkata, kita berjaya memulihkan 93 peratus daripada mereka untuk menjalani kehidupan normal di pangkuan masyarakat dan hanya tujuh peratus dari pesalah ini yang kembali ke dunia gelap semula.

"Kejayaan kita ini adalah setanding dengan negara maju lain seperti Australia dalam aspek pemulihan pesalah jenayah ekstreminasi ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 dan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

"Pemulihan melalui agama ini dijalankan oleh pakar agama di mana bagi pesalah yang beragama Islam mereka akan dibentuk semula oleh imam terlatih, manakala bagi mereka yang bukan Islam, pakar agama masing-masing akan menjalankan tugas mereka," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Menteri - Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 1:42 PM