TAMPIL gaya sporty baharu.
TAMPIL gaya sporty baharu.
Lizam Ridzuan


TIGA tahun lalu pelancarannya, Honda City Hatchback Baharu 2024 diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan dengan kemasan yang dipertingkatkan.

Terjual lebih 28,700 unit sejak 2021, ia menjadi pendahulu untuk segmen ini bagi jenama bukan nasional dalam pasaran tempatan dan ia kini tampil dengan gaya yang lebih sporty.

Antara pembaharuan bahagian luaran yang ditawarkan pada model ini ialah gril hadapan 'honeycomb; gril bawah hadapan, kemasan lampu kabus LED dan kemasan bawah bampar belakang.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci Hitam Berlina baharu serta ditambah dengan 'skirting' sisi baharu menambah gaya sporty untuk varian RS.

Ruang dalaman dengan ciri kemasan merah pada papan pemuka dan kerusi kulit combi dengan jahitan merah dan varian RS dilengkapi dengan sistem audio bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

HATCHBACK gaya prestasi.
HATCHBACK gaya prestasi.

Untuk varian Petrol RS dan e:HEV RS ia kini lebih panjang dengan 4,369 milimeter (mm) berbanding S, E dan V dengan 4,350 mm.

Ia juga dengan ciri ULTRA Seat untuk semua varian sebagai menambah ciri praktikal untuk ruang kabin lebih luas membawa barangan tambahan.

Untuk kuasa ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu hibrid, 1.5L e:HEV dengan kuasa 109PS dan tork 253Nm yang tertinggi dalam kelasnya dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghemburkan kuasa 121PS dan tork 145Nm dan keduanya didatangkan dengan gear tangan.

City Hatchback Baharu 2024 juga dengan ciri keselamatan terbaharu yang ditambah dengan Low Speed Follow (LSF) untuk e:HEV RS dan Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (LCDN) untuk semua varian.

PILIHAN enjin hibrid dan petrol.
PILIHAN enjin hibrid dan petrol.

Ciri lain seperti Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Pelepasan Jalan (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Ketika pelancaran Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata model ini buat pertama kali ditawarkan oleh Honda Malaysia dalam pasaran di negara ini dan ia menerima sambutan yang sangat menggalakan.

"Lima varian dengan satu varian baharu iaitu RS Petrol ditawarkan kepada pengguna menambah pilihan kepada pembeli selain e:HEV RS dengan enjin hibrid ," katanya ketika pelancaran.

Honda City Hatchback Baharu 2024 ditawarkan pada harga RM85,900 (S), RM90,900 (E), RM95,900 (V), RM100,900 (Petrol RS) dan RM112,900 (e:HEV RS).

PAPAN pemuka
PAPAN pemuka

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 6:30 AM