PENGUNJUNG boleh hadir untuk saringan kesihatan percuma, mendapatkan maklumat penting berkaitan penyakit dan menyertai aktiviti menarik serta interaktif.
PENGUNJUNG boleh hadir untuk saringan kesihatan percuma, mendapatkan maklumat penting berkaitan penyakit dan menyertai aktiviti menarik serta interaktif.
Nurul Husna Mahmud


Hanya 66 peratus rakyat Malaysia dalam lingkungan usia 40 hingga 60 tahun mempunyai kesedaran menjalani saringan kesihatan setiap tahun, manakala 85 peratus mendakwa pernah membuat saringan kesihatan pada masa lalu namun tidak menjalankan saringan berkala.

Itu laporan berdasarkan tinjauan terhadap 500 responden dari seluruh negara mengenai kepentingan menjalankan saringan berkala setiap tahun.

Melihat kepada angka terbabit, kempen kesedaran menggalakkan rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan berkala perlu dipergiatkan.

Atas inisiatif itu, IHH Healthcare Malaysia iaitu pengendali hospital swasta terkemuka Asia Tenggara seperti Pantai Hospital dan Gleneagles, melancarkan kempen 'Bertindak Lebih Awal, Hidup Lebih Sihat' bermula 15 Mei lalu sehingga 7 Julai di lokasi terpilih.

Inisiatif kumpulan itu bertujuan menekankan kepentingan intervensi perubatan awal dalam penjagaan kesihatan jantung, tulang dan sendi selain menangani kanser.

Kempen ini penting dalam mengekang atau pencegahan terhadap risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit berkaitan jantung, darah tinggi, diabetes dan lain-lain.

Pengunjung boleh hadir untuk saringan kesihatan percuma, mendapatkan maklumat penting berkaitan penyakit dan menyertai aktiviti menarik serta interaktif.

Orang ramai boleh hadir ke lokasi kempen, Pusat Beli-Belah 1 Utama (15 hingga 19 Mei), Gurney Plaza (5 hingga 9 Jun ini),

dan Aeon Mall Tebrau City (5 hingga 7 Julai ini).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2024 @ 6:16 AM