GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling


PERSATUAN Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan mengekalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 20l5 (POTA) SOSMA berdasarkan cadangan pindaan oleh satu Jawatankuasa Kajian.

Presidennya Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata, ia dipertahankan demi melindung keselamatan negara dan mencegah ancaman anasir pengganas, penjenayah dan gangster yang memudaratkan kesejahteraan rakyat dan negara.

Katanya, RESPA juga berpendapat, sebarang cadangan memindah SOSMA perlulah dibuat secara teliti berdasarkan ramifikasi keselamatan ketika ini dan jangka panjang ancaman dalaman dan luaran.

"Justeru, sebarang pindaan yang akan dicadangkan tidak akan menyebabkan SOSMA, POCA dan POTA menjadi kurang berkesan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 30 Disember lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mahu mengekalkan undang-undang berkenaan berdasarkan cadangan jawatankuasa mengkaji mengenainya.

Katanya, pengekalan undang-undang berkenaan dengan beberapa pindaan dibuat kerana kerajaan tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan dengan tindakan yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 10:36 PM