MIOR Faridalathrash (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas.
MIOR Faridalathrash (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Angkara dendam di antara Geng Kongsi Gelap 04 dan 08, dua lelaki parah dilibas dengan parang oleh tiga lelaki ketika menunggang motosikal di Hong Seng Estate, Mount Eskrine, di sini, Selasa lalu.

Sebelum kejadian jam 8 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 20-an itu dihampiri enam lelaki bertopi keledar menutup muka yang menunggang tiga motosikal.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiga suspek lelaki itu yang memegang parang menyerang dengan melibas dan menetak kedua-dua mangsa.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa cedera parah akibat ditetak di bahagian kepala dan badan.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 7:25 AM