JEREBU kembali di Pontianak disebabkan kebakaran  di beberapa daerah di Kalimantan Barat. FOTO Mohd Radzi Bujang
JEREBU kembali di Pontianak disebabkan kebakaran di beberapa daerah di Kalimantan Barat. FOTO Mohd Radzi Bujang
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Pontianak: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kalimantan Tengah mencatatkan bacaan 1,500 dan terus meningkat setakat 3 petang tadi.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Di Palangkaraya, Kalimantan Tengah menunjukkan peningkatan mendadak sejak 12 tengah malam semalam, dengan bacaaan 750 kepada 1,500 sehingga 3 petang tadi.

Di Kalimantan Barat, IPU paling tinggi dengan bacaan 750 pada 10 pagi dan setakat 4 petang, bacaan direkodkan pada 300.

Petugas BMKG Pontianak, Kalimantan Barat, Dasmian Sulviani berkata, perubahan mendadak kualiti udara kepada tahap berbahaya di Kalimantan Barat berikutan muncul titik panas terbaru hasil daripada titik panas yang terdahulu.

Menurutnya, walaupun hujan di beberapa bahagian, kemarau masih berterusan dan menyukarkan kerja memadamkan kebakaran terutamanya di luar daerah Pontianak.

Berdasarkan laman Web Asean Specialised Meteorological Centre, sebanyak 475 titik panas dikesan setakat jam 10 pagi, berbanding 275, kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 5:33 PM