Anderson singkir Murray di pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat. - Reuters
Anderson singkir Murray di pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat. - Reuters

New York: Andy Murray terpaksa melupakan trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas tewas kepada pilihan ke-15 dari Afrika Selatan, Kevin Anderson pada pusingan keempat awal pagi tadi.

Ia adalah penyingkiran terawal Grand Slam buat pemain Britain itu sejak 2010 sekali gus menamatkan kemaraan cemerlang 18 kali beraksi di suku akhir kejuaraan utama.

Anderson mengejutkan pilihan ketiga terbabit dengan keputusan 7-6 (7/5), 6-3, 6-7 (2/7), 7-6 (7/0) dan mara ke peringkat lapan terakhir bertemu pilihan kelapan dari Switzerland Stan Wawrinka.

Wawrinka juara Terbuka Perancis menewaskan pemain kidal Amerika Syarikat Donald Young 6-4, 1-6, 6-3, 6-4 pada saingan kejuaraan di Stadium Arthur Ashe.

"Ia adalah perlawanan terbaik saya," kata Anderson. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 10:39 AM