LIM (kanan) dan Pengarah Komunikasi Korporat & Perhubungan Murni Bakery Equipment Sdn Bhd, Saiden Osman memeriksa mesin memproses kuih dan biskut.
LIM (kanan) dan Pengarah Komunikasi Korporat & Perhubungan Murni Bakery Equipment Sdn Bhd, Saiden Osman memeriksa mesin memproses kuih dan biskut.
Oleh Hafiz Ithnin

Kuala Lumpur: Murni Bakery Equipments Sdn Bhd (Murni Bakery), syarikat kejuruteraan pembuatan mesin roti, kek dan biskut menyasarkan peningkatan 39 peratus jualan kepada RM25 juta tahun ini berbanding RM18 juta yang dicatatkan tahun lalu bersandarkan kepada aktiviti promosi agresif serta pengukuhan perkhidmatan selepas jualannya.

Pengarah Urusan Murni Bakery, Lim Koon Hoo berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi menawarkan mesin kepada usahawan baru dan sedia ada adalah salah satu rancangan perniagaan yang membantu mengukuhkan kedudukannya.

Beliau berkata, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan selepas jualan menerusi 15 juruteknik berpengalaman yang ditempatkan di seluruh negara bagi membantu pelanggan berdepan masalah selepas pembelian.

“Selain itu, penawaran servis percuma dilakukan sepanjang tempoh jaminan setahun dan latihan pengendalian oleh kakitangan dan chef kami seminggu.

“Dari segi komponen pula, pelanggan yang membeli mesin kami tidak perlu risau kerana ia mudah didapati daripada Murni Bakery pada harga yang amat berpatutan,” katanya.

Murni Bakery yang mempunyai tiga kilang di Taman Industri Mega, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih, Selangor itu menyifatkan faktor geografi antara Malaysia-Thailand dan Indonesia memberi kelebihan kepada syarikat termasuk dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Koon Hoo berkata, syarikat akan memberi lebih tumpuan untuk meluaskan pengaruhnya di Indonesia dan Thailand dalam usaha mengembangkan perniagaan di pasaran asing.

“Sehingga kini, Murni Bakery memiliki pelanggan di Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Afrika. Murni Bakery Equipments Sdn Bhd (Murni Bakery), syarikat kejuruteraan pembuatan mesin roti, kek dan biskut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha menawarkan produk komprehensif kepada usahawan tempatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 6:37 AM