MAGNUSSEN, Perez dan Hulkenberg beraksi sebelum insiden kemalangan berlaku. -FOTO Reuters
MAGNUSSEN, Perez dan Hulkenberg beraksi sebelum insiden kemalangan berlaku. -FOTO Reuters
AFP

Monte Carlo: Kemalangan membabitkan beberapa kereta yang melanggar kereta Red Bull Sergio Perez menyebabkan Grand Prix Monaco dihentikan selepas hanya satu pusingan.

Kereta yang dipandu Perez berpusing selepas di langgar dengan kuat dari belakang oleh Haas milik Kevin Magnussen.

Nico Hulkenberg dari pasukan Haas turut menjadi mangsa ketiga.

Ketiga-tiga pemandu bagaimanapun tidak mengalami cedera.

Bagi pasukan Haas ini adalah insiden malang selepas kedua-dua kereta itu dibatalkan penyertaan ketika sesi kelayakan semalam.

Perlumbaan di jalan-jalan sempit di Principality dihentikan untuk membolehkan serpihan dibersihkan dari litar.

Charles Leclerc terlepas insiden itu berhasrat untuk memenangi perlumbaan di negara sendiri untuk kali pertama selepas dua percubaan terakhirnya dari yang bermula di petak depan berakhir dengan kekecewaan.

Bendera merah itu mungkin membantu Leclerc apabila rakan sepasukannya di Ferrari, Carlos Sainz mengalami pancit tayar dalam kejadian berasingan.

Grand prix ikonik akan bermula untuk kali kedua pada 1.44 petang waktu tempatan dengan pelumba McLaren, Oscar Piastri bersama Leclerc akan bermula di grid, Sainz dan Lando Norris di barisan kedua ketika Perez, Magnussen dan Hulkenberg menonton dengan kecewa dari pit.

Magnussen mengakui sedih dan kecewa kerana kejadian yang berlaku itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 10:05 PM