FOTO hiasan
FOTO hiasan
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air susulan pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22 dekat sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 petang hari ini dan kerja pembaikan dijangka siap pada 4 pagi, esok.

"Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

"Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6 pagi, pada Selasa. Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air tidak berjadual adalah Bandar Putra Height; Seksyen 28; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 32 (Bukit Naga, Bukit Rimau, Jalan Bukit Rimau, Taman Desa Kemuning); Pinggiran Subang USJ 3: Seksyen 22 (Kampung Kebun Bunga); Seksyen 25 (Axis, Lembayung); Seksyen 33; Seksyen 26; Seksyen 26; Seksyen 27; Sekyen 34; Taman Sentosa dan Taman Subang Mas.

Kawasan lain Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 1 & 2; Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 3); Taman Perindustrian UEP -TP 7; USJ 3A; USJ 3B; USJ 3C; USJ 3D; USJ Height.

Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 11:26 PM