RONALDO didesak oleh penyokongnya supaya menjual pangsapuri mewahnya di New York. FOTO insider.com
RONALDO didesak oleh penyokongnya supaya menjual pangsapuri mewahnya di New York. FOTO insider.com
Agensi

London: Cristiano Ronaldo sedia menanggung kerugian besar apabila mahu menjual pangsapurinya di Trump Tower, New York.

Bintang bola sepak Juventus itu yang kini menggalas cabaran Portugal di Euro 2020 membayar AS$18.5 juta (RM76.82 juta) untuk membeli pangsapuri berkeluasan 2,500 kaki persegi pada 2015, menurut Insider.

Ronaldo kemudian mahu menjualnya semula di pasaran pada 2019 dengan harga AS$9 juta (RM37 juta) selepas penyokongnya menandatangani petisyen mendesak dia menjauhi Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun, susulan pandemik dan kekurangan prospek pembeli, dia menurunkan lagi harga sehingga hampir separuh daripada harga belian kepada A$7.75 juta (RM32.18 juta) pada Mei 2021.

Kediaman Ronaldo itu mendapat sentuhan pereka terkenal Juan Pablo Molyneux dan mempunyai tiga bilik dan pemandangan 360 darjah New York Central Park.

Kegagalan Ronaldo menjual pangsapuri mewahnya bukanlah kerana hiasan dalaman tetapi akibat imej Trump yang merudum di negara itu.

Dilaporkan nilai hartanah yang berkaitan dengan Trump di Manhattan jatuh lebih 20 peratus sejak Trump menduduki kerusi presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 2:09 PM