Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Tujuh khemah peniaga makanan di tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2015 di Taman Jubli Emas Suka Menanti, di sini, diterbangkan angin.

Dalam kejadian pada 4.50 petang, hari ini, orang ramai yang berkunjung ke gerai terbabit tergamam apabila khemah itu tiba-tiba terangkat sebelum terpelanting.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua yang berada di kawasan terbabit terselamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah, Datuk Suraya Yaacob, berkata pihaknya akan membaiki khemah yang rosak itu dalam masa sehari bagi membolehkan mereka berniaga semula.

Menurutnya, dalam kejadian itu tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan bersyukur orang ramai terselamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 9:21 PM