KOMPONEN pemacu gear yang tercabut dan terpelanting. FOTO ihsan Polis
KOMPONEN pemacu gear yang tercabut dan terpelanting. FOTO ihsan Polis
KEADAAN kereta mangsa selepas terkena komponen gear. FOTO Facebook/DAily TRaffic REport
KEADAAN kereta mangsa selepas terkena komponen gear. FOTO Facebook/DAily TRaffic REport
Nadzreen Shah Mat Salim


Subang Jaya: Lelaki maut apabila komponen pemacu gear seberat 20 kilogram tercabut dari sebuah lori dan terpelanting ke dalam kereta mangsa di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur keluar Subang Jaya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.55 petang itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan terpelanting ke arah kereta mangsa.

"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 3:12 PM