SUDUT taman ini menyerlah dengan adanya Philippines grass.
SUDUT taman ini menyerlah dengan adanya Philippines grass.
CIPTA privasi di taman dengan hamparan hijau rumput hiasan.
CIPTA privasi di taman dengan hamparan hijau rumput hiasan.
TAMAN dengan panorama menarik apabila rumput hiasan dan tanaman berbunga lain digabungkan.
TAMAN dengan panorama menarik apabila rumput hiasan dan tanaman berbunga lain digabungkan.
ZOYSIA matrella tumbuh secara menegak.
ZOYSIA matrella tumbuh secara menegak.
COW grass antara rumput yang turut popular.
COW grass antara rumput yang turut popular.
PERSEKITARAN hijau dengan hamparan rumput segar.
PERSEKITARAN hijau dengan hamparan rumput segar.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Minggu ini pasti ramai mengadakan rumah terbuka bagi meraikan rakan taulan dan saudara-mara sempena Syawal.

Halaman atau latar taman yang menarik memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan kepada tetamu.

Hamparan hijau rumput bukan sekadar menyejukkan mata memandang, malah memberikan ketenangan.

Namun, ramai tersilap memilih rumput yang sesuai, justeru panduan berikut mungkin membantu.

Pertama fikirkan aspek kegunaan, rumput lasak untuk kegunaan lasak dan rumput cantik untuk hiasan.

Ambil kira aspek penjagaan, berapa kali sebulan atau seminggu kita luangkan masa termasuk untuk memotong dan membaja rumput di halaman.

Begitu juga berapa banyak masa untuk membuang rumput liar.

Bagi anda yang sentiasa sibuk, tiada pembantu rumah atau tukang kebun, pastikan rumput dipilih kurang penjagaan serta penyelenggaraan.

Ambil kira kemampuan dan belanja yang bakal dikeluarkan jika memilih rumput hiasan tertentu di halaman rumah. Ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja dan racun.

Terdapat beberapa jenis rumput yang ditanam di negara ini, antara yang popular ialah rumput Jepun atau zoysia matrella.

Rumput ini berwarna hijau muda sama seperti serangoon grass tetapi lebih tirus.

Biasanya tumbuh secara menegak berbanding mendatar dan anda bersedia memotong yang lebih kerap.

Bagaimanapun, ia perlu dijaga rapi termasuk aspek penyiraman dan pembajaan berkala.

Anda juga perlu peka dengan kehadiran rumput liar disekitarnya. Cabut segera rumput liar bagi mengelak pembiakan berlaku di kawasan rumput zoysia matrella itu.

Rumput itu mempunyai kandungan silika yang lebih daripada rumput lain, ia lebih tahan lasak walaupun tidak sebaik cow grass malah ia sering digunakan di padang bola, golf atau taman permainan.

Pearl grass atau rumput mutiara pula mempunyai karakter berdaun lebar dan ada tarikan tersendiri.

Rumput itu memerlukan penjagaan rapi terutama aspek penyiraman dan pembajaan.

Ia tidak tahan cuaca panas dan biasanya berwarna hijau pekat serta melepaskan oksigen lebih daripada rumput biasa.

Namun, rumput mutiara ini tidak perlu dipotong terlalu kerap, memadai cantasan ringan.

Bermuda grass atau Cynadon dactylon juga popular kerana sesuai dengan cuaca negara ini.

Rumput ini mempunyai keperluan cahaya yang tinggi dan jika cuaca kurang, daun kelihatan kurus serta panjang.

Serangoon grass atau Digitaria didactyla boleh dipotong hingga ketinggian 4.4 milimeter (mm). Ia antara yang tumbuh di kawasan tropika dan subtropika.

Rumput ini tahan dilitupi air untuk jangka masa pendek dan ketika musim kemarau ia boleh mengecut atau menggugurkan daun.

Tergolong antara rumput yang lambat panjang dan kurang memerlukan baja. Warnanya yang hijau muda menjadikannya kurang diminati sebagai rumput halaman.

Pearl grass atau rumput mutiara dan cow grass juga antara rumput lain yang popular di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 12:01 AM