Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Tahukah anda debu hama pada pakaian tidak dapat disingkirkan dengan hanya ­menggunakan sabun pencuci biasa?

Debu hama adalah najis dan bangkai hama yang boleh menyebabkan pelbagai alahan kesihatan. Meskipun boleh berada pada pakaian tanpa disedari, ia sukar dihilangkan kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dipandang remeh kerana mampu menjejaskan kesihatan terutama kanak-kanak.

Debu hama berkenaan adalah beberapa jenis kekotoran yang tidak kelihatan pada pakaian yang perlu diambil kira. Kotoran lain yang tidak kelihatan ­termasuk bau hapak,

peluh, bakteria dan kesan makanan boleh ­menyebabkan jangkitan penyakit terutama berkaitan alahan.

Menyedari masalah itu, jenama pencuci pakaian TOP, memperkenalkan konsep kebersihan me­nyeluruh yang bukan saja membersih pakaian, malah memastikan pengguna berasa selesa demi kehidupan lebih baik.

Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd Carmen Foo berkata, sejak kemunculan jenama itu di negara ini 11 tahun lalu, ia menarik perhatian pengguna menerusi pengenalan penyelesaian cucian yang lebih inovatif berbanding pencuci biasa.

Menurut Carmen, pihaknya berusaha keras mengubah persepsi pengguna mengenai kebersihan dengan memperkenalkan konsep kebersihan lebih menyeluruh.

"Konsep ini melang­kaui definisi biasa kotoran yang sebelum ini ­dianggap apa saja yang kelihatan pada pakaian sedang­kan kotoran yang tidak kelihatan juga faktor penting yang ­me­nyumbang ke arah keselesaan dan kesejahteraan," katanya pada majlis perasmian kempen kesedaran bagi mendidik pengguna mengenai perbezaan antara cucian kelihatan bersih dan kebersihan menyeluruh di Pasaraya Mydin, Subang Jaya, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd Annete Ling dan Pe­ngarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad Ahimmat Mydin.

Carmen berkata, jenama itu sedar kebanyakan masyarakat hari ini berdepan dengan kesulitan berkaitan mencuci dan menjemur pakaian kerana perubahan gaya hidup, ruang terhad serta penjimatan terhadap penggunaan bahan pencuci.

Justeru, jenama itu detergen pertama yang memperkenalkan teknologi antibau hapak pada 2003, diikuti dengan teknologi penyelidikan terbaru formulasi antidebu hama pada 2011.

­Sementara itu, Ketua Penyelidik (Pembangunan Produk Antarabangsa) Makmal Penyelidikan Penjagaan Fabrik LCJ Naoyuki Egawa berkata, pengenalan konsep kebersihan menyeluruh itu bertujuan menghalang dan ­mengurangkan kesan mikrobiologi seperti bau hapak atau risiko jangkitan yang mungkin merebak melalui pakaian kotor atau kemasan fabrik.

Jenama itu mengubah fungsi detergen pakaian kerana ia mengandungi agen pembersih unik yang ­menembusi serat fabrik dengan pantas. Ia sekali gus melitupi permukaan kotoran, mengurai dan menang­galkan semua kotoran itu sebelum disingkirkan bersama air basuhan.

"Rangkaian produk jenama ini juga mengandungi Methyl Ester Sulphontaes (MES) iaitu agen pembersih berasaskan tumbuhan yang mudah terurai dalam air kumbahan.

"Ini sekali gus memberikan kuasa pembersihan berprestasi tinggi dan menjimatkan dengan hanya dos kecil," katanya.

Pencuci ini boleh didapati dalam empat varian iaitu Super Colour, Super Hygienic, Super White dan Blooming Freshness. Rang­kaian pencuci cecair pekat pula termasuk Fresh Tropicana, Blue Oceania, Color Care and Anti-bacteria.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:00 AM