PASUKAN Switzerland menjalani latihan. FOTO Agensi
PASUKAN Switzerland menjalani latihan. FOTO Agensi
Reuters

Duesseldorf, Jerman: Pertemuan 16 terbaik di antara Itali dan Switzerland dijangka menarik dan mungkin maklumat tentang aksi itu sudah bocor.

Segala kemungkinan itu timbul selepas komputer kepunyaan juruanalisis pasukan Switzerland dicuri di Duesseldorf Ketika aksi Euro semalam.

Begitupun, jurucakap pasukan itu mengakui tiada data atau maklumat sensitif mengenai perlawanan seterusnya menentang Itali terjejas dan rahsia pasukan masih lagi selamat.

"Tiada data sensitif atau maklumat mengenai perlawanan akan datang menentang Itali yang hilang," kata pegawai itu.

Difahamkan, data yang hilang hanyalah babitkan pasukan kebangsaan remaja Switzerland yang berkunjung ke Jerman untuk memerhati dan menganalisis perlawanan.

Switzerland mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan utama keenam berturut-turut dan akan menentang Itali di Berlin, Ahad ini.

Kedua-dua pasukan mara ke pusingan kalah mati selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara, dengan Switzerland di belakang Jerman dari Kumpulan A manakala Itali yang juga juara bertahan dari Kumpulan B.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2024 @ 1:48 AM