Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
[email protected].

Penyaman udara kenderaan saya mengeluarkan debu putih seperti tepung setiap kali dihidupkan dalam tiga minit pertama. Apakah punca dan cara untuk menyelesaikan masalah itu?

MD KHAMARULZAMAN, Kuala Lumpur

Penyaman udara yang mengeluarkan habuk mampu mendatangkan bahaya kerana ia mampu mengganggu pernafasan serta kesihatan.

Debu yang dikeluarkan itu perlulah dipastikan puncanya. Aluminium oksida juga berdebu dan berwarna putih kerana gegelung penyejuk sistem penyaman udara diperbuat daripada aluminium.

Ia mungkin sudah teroksida oleh tindak balas kimia, namun kemungkinan itu mustahil melainkan terdedah kepada bahan berasid seperti cecair bateri.

Kemungkinan lebih tepat ialah debu daripada kulat yang turut membahayakan kesihatan anda.

Habuk akan terkumpul pada gegelung pendingin dan menyebabkan habuk yang berada dalam udara dihambur melaluinya corong penyaman udara.

Sebenarnya adalah amalan yang bijak untuk melakukan servis penyaman udara setahun sekali.

Ketika melakukan servis, semua bahagian penyaman udara dicuci menggunakan bahan kimia bagi membersihkan kotoran yang terkumpul.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:00 AM