PESERTA membersihkan pakaian gergasi dengan pencuci Top.
PESERTA membersihkan pakaian gergasi dengan pencuci Top.
DARI kiri, Pengurus Pembangunan Kanan Lam Soon Edible Sdn Bhd Ng Kuan Fui, Foo dan Ketua Bahagian Bukan Makanan AEON Co (M) Bhd Sumitha Krishana bersama lima pemenang utama.
DARI kiri, Pengurus Pembangunan Kanan Lam Soon Edible Sdn Bhd Ng Kuan Fui, Foo dan Ketua Bahagian Bukan Makanan AEON Co (M) Bhd Sumitha Krishana bersama lima pemenang utama.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Menampilkan konsep kehidupan bersih secara menyeluruh untuk keselesaan dan kesejahteraan keluarga, jenama detergen Top memulakan kempen kesedaran mendidik pengguna cara membezakan cucian bersih berbanding kebersihan yang menyeluruh menerusi Peraduan Top Setia Bersamamu pada September hingga November lalu.

Peraduan ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti kekeluargaan yang penuh keseronokan.

Peraduan yang berlangsung selama 10 minggu itu menawarkan 10 hadiah mingguan dan 10 hadiah utama merangkumi percutian lima hari tiga malam ke Tokyo untuk empat orang, kerusi urut Ogawa Smart Delight Plus, pembersih hampagas stim karcher, mesin basuh LG, penapis air Coway dan lima hadiah saguhati bernilai RM300 yang diadakan di AEON Bukit Tinggi.

Pada pusingan mingguan peserta dikehendaki menjawab soalan mudah dan 10 keluarga yang berjaya melangkah ke pusingan akhir perlu melalui aktiviti dengan memilih dua ahli untuk menyertai pertandingan.

Salah seorang daripada mereka ditutup mata dengan kain dan seorang lagi memberi petunjuk. Mereka perlu menanggalkan pelekat kotoran pada baju gergasi menggunakan cangkuk secepat mungkin. Pusingan akhir ini menyaksikan cabaran mental dan fizikal bagi menentukan keluarga yang memiliki semangat berpasukan di samping strategi berkesan.

Norizahwati dan Shahidah Razali membuktikan kehandalan mereka menewaskan pihak lawan dengan catatan masa terpantas untuk memenangi hadiah utama percutian ke Tokyo termasuk pas lawatan ke Tokyo Disneyland bernilai RM28,000.

"Kami memasuki pusingan akhir ini tanpa mengetahui cabaran yang bakal ditempuhi dan bersyukur kami menang. Sebagai pengguna Top, kami yakin produk ini dapat membersih secara efektif selain menghapuskan bakteria serta debu hama untuk kebersihan lebih baik dan menyeluruh," kata Norizahwati.

Marsita Abd Rahman dan Soraya Othman yang menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi kerusi urut Ogawa Smart Delight Plus bernilai RM11,550 dan pembersih hampagas stim Karcher bernilai RM5,500.

Menerusi pertandingan ini Top mendidik pengguna mengenai kepentingan mencapai kehidupan bersih dengan pembabitan peserta secara bersemuka.

Top menjadi detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada 2003. Ia kemudiannya membawa formulasi antidebu hama pada 2011 yang terbukti menghapus 99.9 peratus debu hama yang menjadi sumber alahan.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, Top menempa nama menerusi pengenalan konsep kehidupan bersih secara menyeluruh, warisan Jepun, inovasi berpandukan kajian dan pembangunan serta pemasaran yang memberi fokus kepada keperluan pengguna.

"Kami memikul tanggungjawab mendidik pengguna mengenai konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan cara inovatif. Kami mahu pengguna tahu erti kebersihan sebenar melampaui apa yang boleh dilihat dengan mata kasar, merangkumi keselesaan dan kesejahteraan," kata-nya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 5:01 AM