KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Lelaki berusia 24 tahun maut apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh lori sayur di KM3, Jalan Simpang Durian-Simpang Pertang, di sini, pagi tadi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa, Nazlie Sebat maut selepas tersepit dalam kereta dinaiki.

Katanya, sebelum kejadian mangsa memandu dari Simpang Durian menuju ke Simpang Pertang sebelum kenderaan terbabas ke laluan bertentangan.

"Disebabkan itu mangsa merempuh lori muatan sayur dan maut di lokasi akibat tersepit," katanya.

Menurutnya, pemandu lori berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Jelebu, di sini untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 12:39 PM