BEBERAPA ekor belut dilihat menjalar di atas lantai kereta api bawah tanah di Shanghai, China.
BEBERAPA ekor belut dilihat menjalar di atas lantai kereta api bawah tanah di Shanghai, China.

Shanghai: Penumpang kereta api bawah tanah di bandar ini terkejut selepas berpuluh-puluh belut tiba-tiba terlepas dan berkeliaran di gerabak.

Kejadian pada minggu lalu itu berlaku selepas beberapa plastik belut yang dibawa seorang penumpang tiba-tiba pecah.

Beberapa gambar yang dimuat naik oleh penumpang di Internet menunjukkan berpuluh-puluh haiwan berbadan licin itu menjalar di atas lantai kereta api.

Bagaimanapun, penumpang kereta api berkenaan dilihat berada dalam keadaan tenang walaupun belut itu menjalar berhampiran kaki mereka.

Seorang lelaki juga dilihat mengutip belut itu untuk dimasukkan ke dalam sebuah baldi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 6:56 AM