LELAKI  tergantung di tepi gerabak kereta api selepas ditangkap mencuri telefon bimbit. FOTO Instagram.
LELAKI tergantung di tepi gerabak kereta api selepas ditangkap mencuri telefon bimbit. FOTO Instagram.
Agensi

New Delhi: Berani tidak bertempat seorang pencuri telefon bimbit di timur India membawa padah apabila dia dibiar tergantung di tingkap kereta api yang bergerak sejauh lebih satu kilometer (km).

Insiden itu dilapor berlaku di bandar Bhagalpur, Bihar dengan video tular menunjukkan pencuri malang itu seperti bergayut di tepi gerabak apabila tangannya digenggam penumpang di dalam kereta api yang melihat cubaan dia mencuri telefon bimbit penumpang wanita.

India Times melaporkan, lelaki itu juga dipukul di kepala beberapa kali oleh penumpang yang marah dan mahu memberi pengajaran kepadanya.

Ketika kejadian, pencuri terbabit melihat seorang penumpang wanita duduk di tepi tingkap, sedang berbual di telefon bimbitnya dan cuba merampas alat telekomunikasi itu.

Malangnya, dia tidak sempat melarikan diri sebelum kereta api bergerak dan penumpang lain yang melihat kejadian, pantas menarik tangan lelaki itu serta membiarkan dia tergantung di tepi gerabak.

Turut kedengaran dalam video, rayuan lelaki itu, "tolong izinkan saya keluar (lepaskan)... tangan saya akan patah."

Dia kemudian diselamatkan beberapa pemuda yang mendakwa rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 11:34 AM