SEKUMPULAN imigran menggadai nyawa dengan berpaut pada gerabak kereta api yang sedang bergerak laju untuk masuk ke Amerika Syarikat.
SEKUMPULAN imigran menggadai nyawa dengan berpaut pada gerabak kereta api yang sedang bergerak laju untuk masuk ke Amerika Syarikat.
IMIGRAN ini sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mahu mencari kehidupan lebih baik di AS.
IMIGRAN ini sanggup menggadaikan nyawa semata-mata mahu mencari kehidupan lebih baik di AS.
KUMPULAN pemuda ini duduk berehat dan tidur di atas landasan sementara menunggu kereta api di utara Mexico.
KUMPULAN pemuda ini duduk berehat dan tidur di atas landasan sementara menunggu kereta api di utara Mexico.
SEORANG lelaki terjatuh ketika cuba melompat naik sebuah kereta api berhampiran Tabasco, Mexico.
SEORANG lelaki terjatuh ketika cuba melompat naik sebuah kereta api berhampiran Tabasco, Mexico.
LELAKI ini cedera di kaki selepas gagal melompat untuk menaiki sebuah kereta api di Mexico.
LELAKI ini cedera di kaki selepas gagal melompat untuk menaiki sebuah kereta api di Mexico.
SEORANG imigran kehilangan kedua kakinya akibat digilis kereta api ketika cuba menyeberangi sempadan.
SEORANG imigran kehilangan kedua kakinya akibat digilis kereta api ketika cuba menyeberangi sempadan.

Setiap hari, berpuluh-puluh pemuda dari negara Amerika Tengah berkumpul di satu landasan kereta api di utara Mexico yang menghubungkan negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Mereka berehat dan ada yang tidur kerana kepenatan selepas menempuh perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer. Namun, perjalanan pendatang haram ini masih jauh lagi.

Mereka bercita-cita masuk secara haram ke AS yang lebih dikenali sebagai ‘tanah harapan’ untuk lari daripada kemiskinan di negara asal.

Lokasi mereka berkumpul bukan sebuah stesen kereta api tetapi satu kawasan terpencil berhampiran sempadan AS.

Semua ‘penumpang’ menunggu ketibaan kereta api yang bakal membawa mereka ke destinasi terakhir iaitu AS.

Bagaimanapun, perjalanan terakhir itu sangat berisiko dan kali ini nyawa menjadi pertaruhan.

Setiap kali kereta api melalui kawasan itu, mereka akan mengejar sebelum melompat dan berpaut pada gerabak yang bergerak laju.

Selepas berminggu-minggu mengembara, lompatan terakhir itu bakal menentukan nasib mereka, sampai ke lokasi dengan selamat atau terjatuh dan digilis kereta api.

Majoriti pendatang haram itu datang dari negara miskin seperti Honduras, Guatemala dan El Salvador dan mereka berusia remaja sehingga awal 20-an.

Satu daripada ancaman terbesar mereka adalah kepenatan. Selepas mengembara beribu-ribu kilometer dan tidur di kawasan terbuka, tenaga yang tinggal akan menentukan nasib mereka ketika membuat lompatan terpenting dalam hidup.

Setiap tahun, berpuluh-puluh lelaki muda terbunuh akibat digilis ketika cuba melompat ke dalam kereta api yang bergerak laju.

Ratusan lagi terpaksa dirawat di hospital akibat tercedera dan biasanya mereka kehilangan kaki atau tangan akibat digilis.

Walaupun menyedari bahaya yang menanti, itu tidak sedikit pun mematahkan semangat kumpulan ini yang mahu mencari kehidupan lebih baik di AS.

Pendatang haram yang berjaya sampai ke AS biasanya dieksploitasi dan bekerja dengan gaji rendah di restoran, tukang cuci dan buruh.

“Kereta api ini adalah untuk orang paling miskin,” kata pakar migrasi dari Mexico, Carlos Miranda. “Mereka terpaksa mengambil jalan ini kerana mereka tidak mempunyai pilihan.”

Tiada siapa tahu secara tepat, berapa ramai migran yang menaiki kereta api berkenaan. Pada hari tertentu, beratus-ratus malah beribu-ribu migran menunggu di tepi landasan berhampiran bandar Arriaga yang terletak di Yucatan, Mexico.

Jika mereka bernasib, mereka akan berpaut pada gerabak kereta api sehingga ke Bandar Raya Mexico sebelum melompat ke dalam sebuah lagi kereta api menuju ke sempadan AS.

Cabaran dihadapi mereka sangat getir kerana terpaksa menahan cuaca panas, hujan atau salji ketika kereta api itu melalui kawasan hutan, padang pasir dan pergunungan.

Mereka juga sering diserang kumpulan samseng yang menguasai kawasan sempadan dan risiko ditangkap pihak imigresen.

Pegawai imigresen Mexico, Hipolito Trevino berkata, pihaknya berusaha menahan kumpulan pendatang ini sebelum mereka berjaya menaiki kereta api.

“Bagaimanapun, kawasan sempadan ini sangat luas dan kami tidak mampu menghalang mereka semua,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 5:12 AM