NAJIB bersalam bersama Shahrom ketika majlis pelancaran Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan "All The Way" 2015. Turut kelihatan Penasihat Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles (dua kiri) dan Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin Moktharrudin (empat kanan). FOTO Mohd Fadli Hamzah

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Atlet sukan lasak duatlon dan triatlon negara Shahrom Abdullah, 36 bakal menjelajah Kutub Selatan menggunakan ski menerusi Misi Ekpedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 'All The Way' 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata,Shahrom dijangka memulakan ekspedisi sejauh hampir 1,000 kilometer (km) dari Messner Inlet dan berakhir ke titik kosong darjah Kutub Selatan.

"Sebagai seorang yang pernah menjelajah Kutub Selatan saya dapat bayangkan bagaimana keadaannya walaupun laluan saya tidak sehebat (laluan yang bakal dilalui) Shahrom.

"Saya harap Shahrom dapat menjalani latihan secukupnya kerana berjalan selama dua bulan atas pulau berais bukan perkara yang mudah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 'All The Way' 2015 di sini, hari ini.

Najib juga berkata, beliau mahu lebih ramai rakyat negara ini termasuk wanita menyertai ekspedisi ekstrem yang belum pernah dilakukan orang lain.

Misi itu dijadual bermula 17 November depan dan ekspedisi menggunakan ski dan menarik beban kereta luncur salji itu dijangka mengambil masa antara 50 hingga 60 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 4:36 PM