SHAHROM memeluk ibunya, Unaizah Mohd, 62, sejurus tiba di KLIA, 22 Januari lalu. FAIL Fariz Iswadi Ismail
SHAHROM memeluk ibunya, Unaizah Mohd, 62, sejurus tiba di KLIA, 22 Januari lalu. FAIL Fariz Iswadi Ismail
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: "Selepas ini, saya akan fokus menjelajah Kutub Utara pula," kata penjelajah negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah, 37, di sini, hari ini.

Dia berjaya melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pada 12.40 tengah hari.

Ketibaan anak jati FELDA Chiku 2, Gua Musang, disambut Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim, ahli keluarga dan majlis belia.

Shahrom berkata, dia gembira apabila kepulangannya di negeri kelahiran mendapat sambutan.

"Sokongan yang diberikan semua pihak ini memberi semangat kepada saya untuk terus melakarkan nama dan mengharumkan nama negara di persada dunia,” katanya.

Shahrom melakar sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama merentas Kutub Selatan menggunakan ski sepanjang 37 hari 4 jam, bermula 9 Disember 2015 hingga Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2016 @ 1:52 PM