IHSAN Shahrom Abdullah
IHSAN Shahrom Abdullah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Penjelajah Kutub Selatan, Shahrom Abdullah, melengkapkan misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan dalam 39 hari apabila tiba di titik pusat kutub, 3.30 pagi ini (waktu Malaysia).

Perkara itu disahkan oleh Penasihat Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mokhles Mohd Yusof yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri.

Akmar berkata, Shahrom menamatkan misi itu dengan berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer.

Menurutnya, Shahrom bukan sahaja berjaya menamatkan misi itu, malah melakukannya dalam tempoh lebih singkat berbanding jangkaan awal antara 50 hingga 60 hari.

"Kejayaan itu membuktikan bahawa anak Malaysia mampu melakukan apa sahaja selain meraih pencapaian bertaraf dunia," katanya.

Katanya, beliau juga memaklumkan kejayaan Shahrom itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 10:29 AM