Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan mulai Jumaat ini hingga 4 Julai.

Pesuruhjaya Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai lalu kini memasuki fasa ke 22 selepas fasa 21 berakhir hari ini.

"Pengisytiharan perintah berkurung itu dilakukan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 dan berkuatkuasa jam 7 malam hingga 5 pagi membabitkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke garisan yang ditetapkan.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor keselamatan dan kesejahteraan pengguna-pengguna perairan, pelancong dan khususnya rakyat di kawasan ESSZONE," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, langkah ini juha memudahkan penguatkuasaan, memabtau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan selain menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2015 @ 12:04 AM