Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Tempoh perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga 29 Mac depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tempoh lanjutan itu dibuat selepas perintah berkurung sebelum ini tamat semalam.

"Pengisytiharan perintah berkurung itu dilakukan mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

"Ia berkuatkuasa 7 malam hingga 5 pagi membabitkan jarak tiga batu nautika dari pantai.

"Ini bertujuan memudahkan kerja pemantauan dilakukan pihak berkuasa dalam mengesan sebarang pergerakan khususnya berkaitan jenayah rentas sempadan," katanya, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 1:15 AM