Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di perairan pantai timur negeri ini kini memasuki dilanjutkan sehingga 17 Jun depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat di kawasan berkenaan.

"Selain itu, ia juga memudahkan pasukan keselamatan melakukan penguatkuasaan termasuk memantau segala pergerakan bot yang cuba melakukan jenayah rentas sempadan di situ," katanya di sini, hari ini.

Perintah berkurung mula dilaksana pada Julai tahun lalu di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) iaitu Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan.

Ia membabitkan larangan aktiviti laut sehingga 3 batu nautika dari pantai, bermula 7 malam sehingga 7 pagi keesokan harinya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 5:47 PM