Kuala Lumpur: Gandingan beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul satu-satunya wakil negara meneruskan saingan di Siri Super Premier Terbuka Indonesia selepas mara ke pusingan kedua hari ini.
Pada pusingan pertama semalam, V Shem-Wee Kiong cemerlang menewaskan gandingan Jepun Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata 21-18, 21-15 dalam tempoh 38 minit.
Bagaimanapun, V Shem-Wee Kiong bakal berdepan tugas getir hari ini apabila dijadual bertemu pilihan kelapan dari China Fu Haifeng-Zhang Nan.
Haifeng-Zhang Nan mara ke pusingan kedua selepas mudah menundukkan beregu tuan rumah Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi 24-22, 21-11.
Sementara itu, pemain perseorangan negara Zulfaldi Zulkiffli mempamerkan prestasi hambar apabila tewas kepada pilihan keenam Wang Zhengming 11-21, 15-21 dalam tempoh 31 minit.
Kegagalan Zulfadli itu mengulangi pencapaian buruk pada Terbuka Australia minggu lalu yang menyaksikannya gagal melepasi pusingan kelayakan kerana masalah kesihatan.